suria

Suami isteri ini diiktiraf pasangan tertua di dunia, dedah rahsia rumah tangga bahagia 80 tahun

John dan Charlotte Henderson diiktiraf sebagai pasangan tertua di dunia. Foto Longhorn Village Senior Living

KETIKA beberapa perkahwinan selebriti hanya bertahan selama beberapa hari, tetapi usia perkahwinan 80 tahun adalah sesuatu yang istimewa.

Seperti pasangan ini, John dan Charlotte Henderson bertemu pada 1934 dan berkahwin pada 1939.

John kini berusia 106 tahun, manakala isterinya berumur 105 tahun.

Pasangan itu baru disenaraikan sebagai pasangan hidup tertua di dunia oleh Guinness Book of World Records.

John (kanan) dan Charlotte bertemu pada 1934. Foto Longhorn Village Senior Living

John dan Charlotte bertemu ketika mereka berdua merupakan pelajar di Universiti Texas di Texas, Amerika Syarikat.

John merupakan bintang bola sepak, manakala Charlotte guru pelatih.

Pasangan Hendersons yang akan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-80 tahun pada 15 Disember berkata, mereka berusaha untuk mengecapi kebahagian rumah tangga kerana mengamalkan kehidupan sederhana.

Selain itu, mereka juga sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain. - Daily Star

Artikel Sebelum

Meghan Markle hamil anak ke-2?

Artikel Berikut

Artikel Lain