suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar keranda terapung selepas hujan lebat

Imej keranda terapung akibat banjir selepas hujan lebat selama beberapa hari. Foto Dan Rowlands / SWNS.com

PENDUDUK sebuah kampung digemparkan dengan beberapa keranda terapung dalam premis kelengkapan pengebumian.

Kejadian itu berpunca akibat banjir, selepas hujan selama beberapa hari.

Beberapa keranda dibawa arus dari tempat ia disimpan di sebuah premis di Fishlake, dekat Doncaster, South Yorkshire di United Kingdom, pada Ahad.

Gambar-gambar keranda ditenggelami air itu dirakamkan oleh pasukan penyelamat dari dalam premis.

Menerusi rakaman dron kepada Mirror, menunjukkan kampung tersebut ditenggelami air selepas mengalami banjir selama beberapa hari.

Menurut Majlis Doncaster, walaupun ia tidak menyediakan sokongan secara lapangan di Fishlake tetapi penduduk dinasihatkan untuk berpindah.

Ketua eksekutifnya, Damian Allen berkata, pihaknya bimbang susulan laporan sebahagian penduduk masih berada di kawasan banjir.

"Pasukan bomba dan penyelamat South Yorkshire bersedia untuk membantu memindahkan penduduk Fishlake yang mungkin terperangkap dalam kediaman mereka, dan menggesa semua pihak untuk mengambil perhatian terhadap perkara ini," katanya. - Mirror

keranda, banjir

Artikel Lain