suria

Ajaib! Bayi buka mata beberapa minit sebelum mesin sokongan hayat dihentikan

Greg (kanan) dan Chelsea (kiri) bersama bayi ajaib mereka, Oscar yang membuka mata beberapa minit sebelum mesin bantuan sokongan hayaynya dihentikan. Foto: leicestermercury.co.uk

AJAIB! Itulah yang berlaku kepada seorang bayi apabila dia tiba-tiba membuka matanya hanya beberapa minit sebelum mesin sokongan hayatnya dihentikan.

Oscar Bedford membuka mata selepas kedua ibu bapanya, Greg and Chelsea diberitahu oleh bahawa dia hanya mempunyai masa selama beberapa minit untuk bertahan.

Ketika dilahirkan, bayi lelaki itu tidak bernafas dan kebiruan, malah doktor melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkannya walaupun tiada tanda-tanda dia akan kembali bernafas.

Ibu bapa Oscar kemudian membawanya ke sebuah bilik khas di hospital Leicester Royal Infirmary, sebelum mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir.

Chelsea terlalu ingin ibunya, Sally-Ann bertemu dengan Oscar, lantas dia membuat panggilan video Facetime.

“Ketika panggilan itu sampai kepada ibu dan ketika kami bercakap, dia melihat Oscar membuka matanya dan dia hanya menjerit.

“Matanya terbuka untuk kali pertama dan ia sangat nyata - ia berasa seperti mimpi.

“Ia luar biasa, dan ia perasaan terbaik di dunia,” kata Chelsea.

Oscar kemudian dipindahkan ke hospital Rainbows di Loughborough, dan kemudian dibawa pulang ke rumah di Hamilton, Leicester.

 “Dia kini berusia 18 bulan dan dia seperti bayi yang berusia di bawah tiga bulan, suka tersenyum dan ketawa, suka melihat cahaya walaupun separa buta,” kata Chelsea.

Oscar juga mempunyai epilepsi dan tidak dapat dipastikan berapa lama lagi masa untuknya terus bertahan. - Dailystar  

Mesin sokongan hayat, bayi

Artikel Lain