Pelanggan restoran makanan segera selamba tinggalkan premis separuh bogel selepas terberak dalam seluar, tandas dipenuhi najis - Dunia | mStar

Pelanggan restoran makanan segera selamba tinggalkan premis separuh bogel selepas terberak dalam seluar, tandas dipenuhi najis

Rakaman CCTV menunjukkan seorang pelanggan meninggalkan sebuah restoran makananan segera dalam keadaan separuh bogel. Foto Snapchat/Daily Star

SEORANG lelaki dirakamkan berlari keluar dari sebuah restoran makanan segera dalam keadaan separuh bogel selepas dia didakwa terberak dalam seluar di premis itu.

Kakitangan restoran itu menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan pelanggan tersebut berlari keluar selepas meninggalkan seluarnya di tandas.

Pekerja terkejut dengan keadaan lelaki berkenaan yang tergesa-gesa masuk ke tandas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Penumpang kalau cirit jangan malu minta bantuan kru kabin” - Pramugari kongsi pengalaman jijik, sinki penuh air najis bersama seluar dalam

Menerusi rakaman itu, pelanggan tersebut pulang ke rumah dalam keadaan separuh bogel.

Seluar pelanggan yang dibiarkan di sebelah mangkuk tandas yang kotor. Foto snapchat/Daily Star

Video tersebut dikongsi menerusi aplikasi Snapchat sebelum dimuat naik semula di laman Twitter.

Pelanggan berkenaan bukan sahaja membiarkan mangkuk tandas kotor tanpa dipam, malah dia juga meninggalkan seluar panjang dan seluar dalamnya di sebelah mangkuk tandas.

Kejadian berlaku di salah satu cawangan restoran makanan segera di Maidstone di Kent, England.

Jurucakap restoran makanan segera itu berkata: "Kita menyedari insiden yang berlaku dan melakukan siasatan." - Daily Star

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini