suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki lumpuh selepas nikmati ayam mentah di restoran

Richard menjalani rawatan pemulihan selama tiga bulan di Hospital St Richard. FOTO: HNP Newsdesk/Hyde News & Pictures Ltd.

SEORANG lelaki mengalami lumpuh anggota badan selepas menikmati ayam yang tidak masak di sebuah restoran.

Richard Jackson, dari Brighton berkata, dia mengesyakki kejadian itu berlaku setelah menjamu selera di sebuah restoran di London pada Disember lalu.

Selain hilang keupayaan menggerakkan lengan dan kaki, dia juga sukar untuk menelan makanan.

"Pada saat itu, doktor pun tak tahu apa perlu dilakukan.

"Tapi mereka perlu lakukan sesuatu secepatnya. Saya dipindahkan ke unit rawatan rapi dan diletakkan dalam keadaan koma selama sepuluh hari," ujarnya mengimbas semula kejadian itu.

Setelah sedar, dia menjalani rawatan pemulihan selama tiga bulan di Hospital St Richard.

"Fisio bermula cepat. Saya menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang pantas.

"Ia mungkin tidak begitu jauh, tapi percubaan ini saya boleh anggap seperti keajaiban," ujarnya. - Daily Star.

Richard Jackson, ayam mentah, lumpuh

Artikel Lain