suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UFO muncul lagi? Deretan cahaya pelik dikesan terbang di US

Salah satu foto yang dirakam pada 10 Oktober lalu.

KEMUNCULAN objek terbang tidak dikenali (UFO) Amerika Syarikat pada 10 Oktober lalu ternyata menarik perhatian ramai.

Menurut seorang individu, UFO itu dikesan terbang di ruang udara Utah.

Malah, ia turut kelihatan terbang di Carolina utara, 2,000 kilometer dari Utah pada masa yang sama.

"Saya fikir ada meteor di langit, mereka terbang dan bertebabaran.

"Saya kemudiannya melihat beberapa cahaya terang berkelip dalam bentuk tersusun, dalam satu garisan sewaktu ia terbang," ujar seorang individu di Utah.

Menguatkan dakwaan itu, rakannya di Carolina utara turut menghantar rakaman serupa.

"Saya lihat dan meneliti video itu, ia sama dengan apa yang saya lihat," ujarnya lagi.

Rakaman pada 10 Oktober lalu itu turut dikupas oleh ahli teori konspirasi.

Rakaman berkenaan juga ada dihantar ke Mutual UFO Network (Mufon) yang mana saksi memaklumkan melihat 50 objek bercahaya oren di ruang udara. - Daily Star.

UFO, Utah, Carolina utara, meteor

Artikel Lain