suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas 53 tahun mangsa buli balas dendam dalam satu majlis 'reunion', kini diburu polis

Thanapat (gambar kecil) diburu pihak polis selepas membunuh bekas rakan sekelasnya (bulatan merah). Foto: ViralPress

DENDAM dibuli sewaktu berada di zaman persekolahan ketika berusia 16 tahun dibalas selepas lebih 50 tahun.

Thanapat Anakesri,69, tahun dicari pihak berkuasa selepas menembak bekas rakan sekelasnya dalam satu majlis 'reunion' Sabtu lalu.

Dia dijemput menyertai majlis reunion itu yang berlangsung Sabtu petang di Ang Thong, pusat bandar Thailand untuk bertemu kembali rakan-rakan sekolahnya.

Namun selepas semua berkumpul dan duduk menjamu selesa, Thanapat tiba-tiba datang bertemu bekas rakan sekelasnya Suthat Kosayamat,69.

Dia menuduh Suthat membulinya ketika berusia 16 tahun.

Bekas pegawai tentera laut itu naik angin selepas Suthat yang bekerja sebagai tukang jahit tidak ingat apa yang berlaku semasa mereka bersekolah.

Thanapat terus menuduh dan mengeluarkan pistol selepas meminta Suthat memohon maaf, namun dia enggan berbuat demikian.

Dia terus menembak Suthat dan melarikan diri.

Mangsa terus dikejarkan ke hospital, namun diumumkan mati oleh doktor.

Penganjur, Tuean Klakang,69, memberitahu polis bahaa pembunuh itu mengadu mengenai kisah lampau dibuli.

"Thanapat kelihatan mabuk dan selalu bercakap tentang kemarahannya kerana dibuli oleh Suthat. Dia tidak pernah lupakan perkara itu."

Dalam pada itu polis terus memburu Thanapat yang dipercayai masih berada berdekatan dengan Thailand. - metro.co.uk

Mangsa buli, dendam

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia