suria

Kepala tersangkut kerusi tandas, budak 2 tahun dikejarkan ke hospital

Josie dikejarkan ke hospital bagi mengeluarkan kepalanya yang tersangkut pada kerusi tandas kanak-kanak. Foto SWNS

SEORANG budak perempuan berusia dua tahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kepalanya tersangkut pada kerusi tandas kanak-kanak.

Ketika kejadian, bapa kanak-kanak itu, Scott Webber, 28, sedang mencari anaknya, Josie yang pergi sendiri ke tandas di tingkat atas kediaman mereka.

Bagaimanapun, ketika mahu membuang air besar, kepala kanak-kanak itu secara tiba-tiba tersangkut pada kerusi tandas kanak-kanak yang digunakannya.

Scott yang kemudian menemui anaknya itu cuba untuk mengeluarkan kerusi tandas tersebut daripada kepala anaknya.

Cubaan itu bagaimanapun gagal, sebaliknya anaknya mendakwa ia hanya membuatkannya berasa lebih sakit.

Tiada pilihan lain, Scott bergegas ke bahagian kecemasan hospital untuk mengeluarkan kerusi tandas itu.

"Bila saya dan isteri, Laura Thompson masuk ke bahagian kecemasan, semua orang tengok kami," katanya.

"Saya tidak salahkan mereka, tetapi seorang wanita mula ketawa dan Josie tidak suka dengan tindakan wanita itu.

"Dia jerit kepada mereka "ini tak kelakar", tapi kami faham perasaan mereka," ujarnya. - Daily Record 

kerusi tandas, buang air

Artikel Sebelum

Artikel Lain