suria

Jutawan ikrar derma 70% harta, tak mahu 5 anak hanyut dalam kemewahan

John memiliki lima orang anak.

JUTAWAN yang mengusahakan perniagaan telefon Phones4u, John Caudwell meluahkan hasrat untuk mendermakan 70 peratus kekayaannya setelah dia meninggal dunia kelak.

Harta yang dikumpul bapa kepada lima anak itu dianggarkan bernilai lebih £1.5 bilion (RM7.99 bilion).

Jelas Caudwell, kesemua anaknya akan diagihkan lebihan 30 peratus harta yang ditinggalkannya.

"Saya tak nak anak-anak hidup susah, tetapi untuk meninggalkan mereka dengan keseluruhan harta, ia tidak dapat mengimbangi perbezaan yang kaya dengan miskin.

"Jika mereka ada duit berbilion, apa kata sedekahkan beberapa ratus juta kepada kanak-kanak? Mereka masih kaya dan boleh menjalani kehidupan.

"Saya tak rasa kalau tinggalkan anak-anak dengan kekayaan melampau akan memberi kebaikan kepada mereka," katanya lagi.

Berusia 66 tahun, anak sulungnya, Rebekah berusia 39 tahun diikuti Libby, 31, Rufus, 23, Scarlett, 17 dan Jacobi, 15.

Malah, dia turut memiliki banyak aset hartanah termasuklah di London dan Monaco. - Mirror.

jutawan, pemurah, john caudwell

Artikel Lain