suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas Ethiopian Airlines: Bapa terkilan anak perempuan maut, berakhir sudah baktinya kepada masyarakat

SEDIH dan menyayat hati, begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib 149 mangsa yang terkorban dalam nahas Ethiopian Airlines pada Ahad.

Terbaharu, bapa kepada salah seorang mangsa nahas itu tampil kehadapan bagi menzahirkan perasaannya.

Andrian Toole mengakui kematian anaknya, Joanna cukup tragik untuk diterimanya.

Namun, dia yang bangga dengan segala pencapaian Joanna terkilan kerana wanita itu tidak lagi mampu untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

"Joanna sangat lembut dan penyayang. Anda tak akan dengar apa-apa kisah buruk mengenai dia.

"Saya bangga dengan pencapaian dia. Agak terkilan sebab dia sudah tak boleh teruskan kerjayanya," ujar Toole.

Joanna bekerja untuk organisasi kebajikan haiwan global selama 15 tahun dan pemergiannya turut diratapi ramai kenalan lain.

Untuk rekod, pesawat itu dalam penerbangan ke Nairobi, Kenya dari Ethiopia awal pagi Ahad, terhempas enam minit selepas berlepas.

Nahas itu dipercayai berlaku dekat Ethipia, 50 kilometer di selatan ibu negara itu. - BBC.

Artikel Lain