suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selamat tinggal PS4, Sony dijangka umum pengeluaran PS5 menjelang tahun depan

BAGI penggemar permainan video, memiliki Sony PlayStation pastinya menjadi impian utama mereka.

Sudah sekian lama PS4 dikeluarkan, kini timbul ura-ura bahawa Sony akan mengeluarkan PS5 tidak lama lagi.

Gergasi teknologi itu dijangka akan membuat pengumuman pada tahun ini sebelum ia diperkenalkan kepada umum, pada 2020.

Dalam pada itu, PS5 dijangka membawa dimensi baharu buat penggemar permainan video.

Selain teknologi baharu yang lebih canggih, ia dijangka akan menggunakan paparan visual yang lebih mantap.

Antara yang paling menarik tentunya teknologi penjejak cahaya (ray tracing).

Fungsi itu akan menyuntik nafas baharu dalam paparan visual serba canggih apabila ia mampu menghasilkan bayang-bayang persis gambaran sebenar di dunia nyata dalam permainan berkenaan.

"Jika ada kereta berwarna metalik dalam permainan dan ada letupan di sekitarnya, adnda akan melihat kesan letupan terpantul di kereta.

"Apabila ada babak hujan dalam permainan, anda akan lihat curahan air yang realisitik seperti hujan sebenar," ujar syarikat teknologi Nvidia berhubung jangkaannya mengenai PS5. - Daily Star.

Sony PlayStation, PS4, PS5

Artikel Lain