suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlalu sayang, budak 4 tahun bawa ikan peliharaan tidur bersama hingga mati

COMEL tapi sedih, begitulah yang dapat digambarkan mengenai kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Bonaire, Georgia, baru-baru ini.

Mungkin masih tidak mengerti, Everett Hamlin memanjat kerusi sebelum membawa keluar ikan emas peliharaan keluarganya untuk dipeluk sewaktu tidur.

Kejadian itu disedari oleh ibunya tidak lama kemudian. Lebih pilu, ikan itu ditemui mati dalam genggaman Everett sewaktu dia sudah nyenyak tidur di atas katil kediaman keluarga itu.

Menurut ibunya, Everett ternyata sedih apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh bapanya.

Jelas kanak-kanak comel itu, dia hanya mahu membelai haiwan itu dan tidak menyangka ia akan mati jika dibawa keluar dari akuarium.

"Saya terkejut pada mulanya, mungkin dia nak tunjukkan kasih sayang pada ikan itu.

"Sedih sangat, saya tak rasa kelakar pun walaupun dia menyebabkan kematian ikan itu.

"Dia tak faham apa dia buat, sejujurnya saya terkejut dia berjaya tangkap dan bawa keluar dari akuarium," ujar ibunya, Toni. - Metro.

Ikan Emas, Everett Hamlin

Artikel Lain