suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Ethiopian Airlines bawa 157 orang terhempas

Gambar fail pesawat Ethiopian Airlines. Foto Reuters

SEBUAH pesawat Ethiopian Airlines bagi penerbangan ET302 yang membawa 149 penumpang dan lapan anak kapal terhempas, menurut syarikat penerbangan itu.

Menurut beberapa laporan tempatan, pesawat Boeing 737 itu dipercayai terhempas enam minit selepas berlepas dari Addis Adaba, ibu negara Ethiopa dalam penerbangan ke Nairobi di Kenya.

Pesawat tersebut terhempas selepas berada di udara semasa terbang sejauh kira-kira 48 kilometer.

Setakat ini, tiada butiran mengenai jumlah kematian.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. 

Ethiopian Airlines dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu dengan duka cita mengesahkan pesawat ET 302/10 Mac bagi penerbangan dari Addis Ababa ke Nairobi terlibat dalam kemalangan pada Ahad di sekitar Bishoftu (Debre Zeit).

"Pesawat berlepas pada pukul 8.38 pagi (waktu tempatan) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole, Addis Ababa dan terputus hubungan pada pukul 8.44 pagi.

"Pada masa ini operasi mencari dan menyelamat sedang berjalan dan kami tidak mempunyai maklumat yang disahkan mengenai mangsa yang selamat atau sebarang kematian.

"Kakitangan Ethiopian Airlines akan dihantar ke tempat kejadian dan melakukan segala yang mungkin untuk membantu pasukan kecemasan," tambah kenyataan itu. - Mirror UK

Ethiopian Airlines

Artikel Lain