suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan goyang kaki... Meghan masak untuk Putera Harry, mekap sendiri

Putera Harry (kiri) dan Meghan. Foto Reuters

KEHIDUPAN Meghan Markle berubah sekelip mata sebaik sahaja bersetuju untuk berkahwin dengan Putera Harry.

Daripada seorang pelakon Amerika yang tinggal di Hollywood dengan layanan karpet merah dan percutian mesra Instagram, dia kini merupakan salah seorang keluarga diraja.

Ramai beranggapan selepas menjadi puteri diraja, Meghan tidak perlu lagi menggunakan kudratnya, tetapi sangkaan mereka ternyata meleset.

Menurut rakan-rakannya, Meghan dan Harry tidak mempunyai tukang masak di kediaman mereka.

Bakal ibu itu sebenarnya lebih selesa memasak sendiri.

Menerusi temuramah dengan majalah People bagi mempertahankan Meghan yang dilanda serangan buli, mereka memberitahu telah berkunjung ke kediaman pasangan itu di Istana Kensington.

Mereka mendakwa Meghan memasak untuk mereka setiap hari.

Mereka juga memberitahu Meghan bersolek dan berdandan rambut sendiri setiap hari, kecuali pada hari perkahwinannya. - Mirror UK


Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Lain