suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita serang pemandu bas selepas biarkan anak kencing dalam tong sampah

SEORANG ibu ditahan di China selepas membenarkan anak lelakinya membuang air kecil di dalam tong sampah dalam sebuah bas.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan pemandu bas sebelum dia bertindak menegur wanita tersebut.

Tidak berpuas hati, ibu kanak-kanak berkenaan bertindak melampau apabila menyerang pemandu tersebut.

Kejadian yang berlaku di Dazhi, wilayah Hubei itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman memaparkan wanita tersebut membiarkan anak kecilnya kencing dalam tong sampah tanpa menghiraukan penumpang lain.

Video tersebut turut memaparkan tindakan wanita itu yang merentap baju lelaki itu sewaktu dia sedang memandu bas, selepas ditegur.

Menerusi soal siasat polis, wanita itu berkata anaknya mahu ke tandas ketika mereka berada di dalam bas sebelum membawanya ke tong sampah.

"Pemandu tersebut melihat perbuatan mereka dan menegur tindakan tidak bertamadun itu sehingga menimbulkan pergaduhan.

"Wanita itu menjadi gelisah, terus dia menumbuk pintu dan menyerang lelaki tersebut ketika sedang memandu," kata pegawai polis.

Dia kini ditahan kerana menimbulkan ancaman kepada keselamatan awam dan polis sedang menyiasat kes secara terperinci. - SCMP

Wanita, Bas, Serang

Artikel Lain