suria

Nak lari daripada polis, lelaki pakai kostum gorila dan menyorok bawah tilam

Gambar hiasan. - Getty Images

SEORANG lelaki memakai kostum gorila dan bersembunyi di bawah tilam semasa dia diburu polis.

Pegawai polis di Louisiana, Amerika Syarikat dimaklumkan tentang lelaki itu yang kemudian dikenal pasti sebagai Jeremie Moran.

Polis menerima panggilan tentang gerak-geri seorang lelaki yang mencurigakan dan menceroboh rumah orang awam, menurut KDFM.

Ketika polis mendekati Moran dan mengarahkannya untuk berhenti, lelaki itu masuk sebuah rumah dan disangka telah meninggalkan kediaman tersebut memandangkan pintu belakang terbuka.

Selepas melakukan carian, pihak berkuasa menjumpai Moran menyorok di bawah sebuah tilam dan memakai kostum gorila.

Moran kemudian ditahan dan didakwa atas beberapa kesalahan termasuk melawan anggota polis, menceroboh kediaman dan salah guna dadah. - Inside Edition

gorila

Artikel Lain