suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat 11 bayi ditemui disorok atas siling rumah pengebumian

Mayat 11 bayi ditemui disembunyikan di atas siling sebuah rumah pengebumian. Foto Click on detroit

POLIS menemui 11 mayat bayi yang disembunyikan di atas siling sebuah rumah pengebumian di Detroit, Amerika Syarikat.

Pasukan keselamatan dimaklumkan mengenai mayat bayi itu selepas sepucuk surat misteri, dihantar kepada pihak berkuasa tempatan membongkarkan perkara itu.

Menurut surat tersebut, kesemua mayat telah disembunyikan.

Sembilan daripada 11 mayat ditemui disimpan di dalam kotak kadbod, bersama sebuah keranda kecil yang di dalam ruang penyimpanan di bumbung rumah mayat Cantrell.

Menurut polis, selain mayat bayi, turut dijumpai adalah janin dan sebahagiannya telah dikenal pasti.

Rumah mayat itu sebelum ini terpaksa ditutup berikutan masalah penjagaannya.

Premis berkenaan melalui proses pengubahsuaian untuk menjadi sebuah pusat komuniti.

Siasatan berhubung penemuan mayat itu sedang berjalan. - Mirror Online

Artikel Lain