suria

Wanita ini kutip telinganya yang diludah rakan, buang kembali ke lantai kerana terlalu takut

VICTORIA Burgess bertindak menggigit telinga rakannya, Jenna Edwards sehingga putus selepas kedua-dua mereka bergaduh kerana duit dalam kejadian di Newport, Wales selatan.

Rakaman menunjukkan Burgess, 27, seorang akauntan membelasah Edwards sebelum duduk di atasnya dan menggigit telinganya. Ketika kejadian, kedua-dua mereka sedang mabuk.

Edwards dapat didengar meraung kesakitan sambil berkata “Victoria, turun!” ketika Burgess menggigit telinganya.

Rakaman mengerikan itu menunjukkan bagaimana Burgess menggigit telinga Edwards sebelum meludahkan sebahagian cuping telinga yang terputus ke lantai sebuah kedai kebab.

Pendakwaraya Bethan Evans berkata kedua-duanya bergaduh sebelum Burgess menyerang Edwards dan Evans berkata: "Defendan mula menjerit kepadanya sesuatu tentang ‘curi’ dan memori mangsa sangat lemah untuk mengingatinya, tetapi dia ingat kesakitan di telinganya dan darah meleleh di lengannya.

“Apa yang dia buat seterusnya adalah melihat ke bawah dan nampak bahagian telinganya di atas lantai. Dia mengutip bahagian itu dan melemparnya kembali ke atas lantai, takut melihatnya.

“Ia amat menyakitkan.”

Mahkamah Tinggi Newport mendengar bahawa bahagian telinga yang terputus itu dimasukkan ke dalam peti sejuk di kedai kebab supaya ia boleh disambungkan semula oleh pakar bedah.

Edwards kemudian menjalani terapi dengan menggunakan lintah dan dalam kenyataan mangsa, ibu kepada dua orang anak itu berkata: "Saya tidak pernah berasa begitu takut dalam hidup saya. Saya tidak boleh berhenti menangis dan mengalami kesakitan berulang.”

Burgess, mengakui telah melakukan kecederaan dengan sengaja dan dipenjarakan selama empat tahun enam bulan.

Hakim Daniel Williams berkata: "Serangan itu berlaku secara tiba-tiba, ganas dan tidak diduga bahawa mangsa mempunyai ingatan yang sangat lemah.

“Saksi menyatakan bahawa kamu menghalang mangsa daripada melarikan diri dan kamu duduk di atasnya sambil menggigit telinganya.

”Saya telah melihat rakaman CCTV dan ia sangat mengerikan, awak juga menendangnya selepas awak menggigit telinganya." -MetroUK

gaduh, gigit, putus telinga

Artikel Lain