Budak sakit jantung kritikal selepas disuntik dos dadah 6 kali ganda - Dunia | mStar

Budak sakit jantung kritikal selepas disuntik dos dadah 6 kali ganda

SEORANG budak lelaki berusia 29 bulan yang menghidap penyakit jantung dalam keadaan kritikal selepas menerima suntikan enam kali ganda dos ubat  yang ditetapkan di Hospital Prince of Wales Hong Kong.

Jurucakap hospital di Sha Tin itu berkata, lebihan dos atropin, dadah untuk merawat kadar denyutan jantung yang perlahan, mungkin bukan punca keadaan kanak-kanak itu kritikal.

Panel siasatan akan ditubuhkan dan satu laporan dijangka diserahkan dalam masa lapan minggu.

Kanak-kanak lelaki itu telah menjalani pembedahan pada April 2016 untuk masalah jantung yang dikesan selepas dilahirkan dan dia juga didiagnosis penghidap jantung tersumbat.

Susulan itu, pihak doktor telah mencadangkan supaya budak itu menggunakan perentak kekal, tetapi ibu bapanya tidak bersetuju.

Pesakit dibawa ke unit kecemasan hospital pada Ahad kerana demam dan kesukaran untuk bernafas.

Pediatrik bertugas memberikannya 0.26mg atropin sambil merujuk kepada pita Broselow, ukuran pita panjang berwarna yang digunakan untuk kecemasan kanak-kanak.

Keadaan kanak-kanak tersebut bertambah buruk hingga koma. Resusitasi dilakukan dan kadar jantungnya beransur-ansur kembali seperti normal sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Mary pada keesokkan harinya.

Pesakit ditemui mempunyai miokarditis, keradangan otot jantung, virus jantung dan dalam keadaan kritikal.

Jururawat dari unit kecemasan Hospital Prince of Wales kemudian meneliti rekod  pesakit dan mendapati  dia telah disuntik dengan 1.56mg dadah, enam kali jumlah yang ditetapkan.

Jurucakap hospital bagaimanapun berkata ini mungkin tiada kaitan dengan keadaan budak itu, dengan menyatakan bahawa atropin itu gagal meningkatkan kadar denyutan jantungnya, dan tidak ada tanda-tanda terlebih dos.

Pakar toksikologi dari hospital itu berkata mereka percaya tidak ada hubungan yang jelas antara dos dan keadaan pesakit tersebut.

Jurucakap itu menambah kesilapan itu mungkin timbul daripada kakitangan perubatan yang menggunakan kepekatan ubat 0.6mg setiap ml sambil memikirkan ia adalah 0.1mg setiap ml.

Seorang doktor dari unit kecemasan hospital awam mengatakan atropin untuk orang dewasa dan kanak-kanak biasanya berada dalam botol kepekatan yang berbeza.

Jururawat yang terlibat mungkin memilih salah satu untuk dewasa, yang lebih kerap digunakan dan doktor mungkin tidak memeriksa sebelum memberikan suntikan. 


atropin , Hong Kong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain