suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa berang, remaja maut akibat cinta terlarang

HANYA kerana bersembang di telefon dengan seorang lelaki, pelajar wanita ini menemui ajal sehari sebelum menyambut hari lahirnya.

Kejadian itu berlaku ketika T Chandrika yang melanjutkan pengajian dalam bidang farmasi di sebuah kolej swasta pulang ke rumah keluargannya.

Chandrika pulang untuk menyambut hari lahirnya yang ke-20 di kampung Thotaravulapadu, Andhra Pradesh.


Remaja itu dikatakan bercinta dengan rakan sekelasnya dan memaklumkan hasrat mereka untuk berkahwin.

Bagaimanapun, familinya menghalang hubungan itu dan Chandrika telah diberi amaran untuk tidak meneruskan hubungan itu.

"Hubungan itu akan memburukkan nama baik keluarga," demikian kata-kata keluarganya.

Pada Sabtu, bapanya, Tondepu, Kotaiah yang juga seorang petani berang apabila mendapati dia sedang bersembang dengan teman lelakinya menerusi telefon.

Dalam keadaan marah, bapanya merampas dan menghempas telefon ke lantai sebelum memukul Chandrika menggunakan ulu kapak hingga mengakibatkan kematian anaknya.

Susulan kejadian itu, bapa Chandrika yang juga suspek utama telah ditahan, manakala keterangan ibunya telah direkodkan.

Chandrika, Andhra Pradesh

Artikel Lain