suria

Saintis menyesal umur panjang mencecah 104 tahun

SAINTIS tertua Australia, Dr David Goodall menyesal umurnya panjang mencecah 104 tahun.

Dr Goodall yang tidak mempunyai sebarang penyakit serius bercadang terbang dengan pesawat kelas pertama ke Switzerland minggu depan untuk menamatkan nyawanya sendiri.

Jelasnya, beliau merasakan kualiti hidup semakin merosot.

"Saya sangat menyesal kerana mencapai umur hingga kini.

"Saya tidak gembira. Saya mahu mati. Ia tidak menyedihkan. Apa yang menyedihkan jika seseorang itu dihalang.

"Jika seseorang itu memilih untuk membunuh diri, ia sebenarnya sangat adil. Saya rasa orang lain tidak perlu campur tangan," jelasnya.

Dr Goodall dilahirkan di London pada tahun 1914 dan terkenal dalam bidang botani dan ekologi.

Beliau tiba di Australia pada tahun 1948, bertugas sebagai pensyarah di Universiti Melbourne.

Beliau yang baharu menyambut kelahiranya yang ke-104 awal April lalu memberitahu sudah tiba masanya untuk membuat eutanasia voluntari (menamatkan umur secara sukarela) di Switzerland.

Australia Barat dalam proses memperkenalkan undang-undang eutanasia voluntari yang hanya dihadkan kepada pesakit yang mengalami penyakit maut.

Perdana Menteri Mark McGowan memberitahu, kerajaan tidak akan membenarkan Dr Goodall mengambil keputusan sedemikian kerana beliau tidak mengalami penyakit serius.

Dr Goddall, saintis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain