suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiket percuma Legoland sempena putera bongsu William

Legoland Windsor Resort menawarkan tiket masuk percuma ke taman tema itu kepada mana-mana individu di UK yang bernama Louis.

LEGOLAND menawarkan tiket masuk ke taman tema itu secara percuma kepada mana-mana individu di United Kingdom yang mempunyai nama 'Louis' sempena meraikan nama anak ketiga pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton.

Duke dan Duchess of Cambridge itu pada Jumaat mengumumkan anak ketiga mereka dengan nama Louis Charles Athur.

Legoland Windsor Resort menawarkan promosi itu kepada sesiapa di United Kingdom mempunyai nama Louis.

Ia berkata: "Jika anda berkongsi nama dengan putera baharu, anda akan mendapat tiket masuk ke Legoland Winsord Resort secara percuma semasa musim puncak termasuk cuti sekolah musim panas.

Legoland membuat tawaran itu bermula dari hari pengumuman nama itu dibuat pada 27 April sehingga 19 Julai. - Mirror UK

Artikel Sebelum

Artikel Lain