suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satu dunia tunggu nama bayi, Putera William sempat gurau

Pasangan Putera William dan Kate Middleton menunjukkan bayi mereka yang baru dilahirkan Isnin lalu. Foto Reuters

SELURUH dunia kini tidak sabar menantikan nama yang bakal diberikan buat anak pasangan diraja Britain yang baru dilahirkan Isnin lalu.

Pada Rabu, Putera William bergurau memberi bayangan bahawa Alexander mungkin dinamakan untuk anak lelaki mereka.

Dilaporkan, nama untuk anak ketiga buat pasangan Putera William dan Kate Middleton bakal diumumkan dalam satu majlis peringatan pada Khamis.

Ketika Pesuruhjaya Tinggi Australia, Alexander Downer memberitahu yang beliau menyukai nama Kristiannya, Duke of Cambridge itu membalas: "Anda patut katakan begitu... ia adalah nama yang baik."

Komen pewaris takhta Britain itu membawa nama Alexander sebagai gambaran terdekat.

Kate melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 11.01 pagi waktu tempatan (7.01 malam waktu Malaysia) Isnin lalu.

Pasangan itu kemudian menunjukkan anak lelaki mereka secara eksklusif kepada wakil media dan orang ramai di Lindong Wing di Hospital St Mary, Paddington di London pada hari yang sama. - Mirror UK

Putera Harry, Kate Middleton

Artikel Berikut

Artikel Lain