suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Motor Harley Davidson habuan latihan praktikal!

JENAMA motosikal terkenal, Harley Davidson kini menawarkan motosikal secara percuma untuk mereka yang menyertai program latihan praktikalnya pada musim panas ini.

Menerusi program itu, seramai lapan pelajar kolej atau lepasan universiti terpilih akan diberikan tugasan yang pastinya dicemburui ramai, yang mana mereka dibayar untuk memandu motosikal Harley dan berkongsi pengalaman itu di media sosial.

Apa yang lebih menarik, kesemua mereka akan dihadiahkan motosikal itu selepas tamat program latihan selama 12 minggu.

Pembekal motosikal yang berpengkalan di Milwaukee itu berkata, mereka mahu mengajar pelatih untuk memandu, memberi elaun pekerjaan dan perjalanan serta menyimpan motosikal berkenaan.

Menurut pihak Harley Davidson, mereka mencari pelajar yang berkebolehan untuk membuat kandungan secara pantas, kreatif dan berbakat dalam menghasilkan gambar serta video.

Antara syarat yang ditetapkan adalah pemohon mesti berusia 18 tahun ke atas dan berkeinginan untuk mempunyai kerjaya dalam media sosial. - indiatoday

Harley Davidson

Artikel Lain