suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita parah dihempap anjing

SEORANG wanita cedera parah selepas dihempap anjing yang tiba-tiba jatuh dari sebuah bangunan di selatan China.

Akhbar tempatan, The Beijing News melaporkan, kejadian itu berlaku ketika wanita itu sedang berjalan di Guangzhou di wilayah Guangdong.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan haiwan itu menghempap kepala wanita itu.

Wanita itu serta merta terjatuh dan pengsan.

Seorang lagi wanita yang berjalan di sebelahnya dan mengendong bayi cuba membantu mangsa kejadian, tetapi gagal.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dan dirawat kerana mengalami kecederaan serius.

Bagaimanapun, anjing yang jatuh dari bangunan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.-SCMP

anjing, Guangzhou

Artikel Lain