suria

Terlalu sibuk kerja, anak terlupa kebumi mayat bapa

Anggota polis baharu dihubungi selepas dua bulan bapa Kinoshita meninggal dunia.

AKIBAT terlalu sibuk bekerja, seorang lelaki terlupa mengebumikan mayat bapanya yang telah meninggal dunia dua bulan lalu.

Masashi Kinoshita,49, memberitahu dia meninggalkan mayat bapanya itu di ruang tamu tanpa menguruskan pengebumian atau pembakaran mayat.

Malah dia baharu menghubungi polis yang hadir menemui mayat Michio berusia 89 tahun di rumah keluara di pusat bandar Tokyo, Jepun.

Pengawai penyiasat mendedahkan tiada sebarang kecederaan yang ditemui pada mayat itu.

Namun ujian autopsi akan dilakukan bagi mencari punca kematian, lapor Japan Today.

Kinoshita memberitahu: "Lebih kurang akhir Februari lalu, dia berhenti bergerak. Saya terlalu sibuk dengan kerja dan tidak tahu apa yang perlu dibuat."

Bagaimana pun, pekerjaan lelaki itu tidak didedahkan.

lupa, mati

Artikel Lain