suria

Arab Saudi akhiri sekatan tayangan filem 35 tahun, filem pertama adalah...

Arab Saudi bakal membuat pawagam buat pertama kali selepas 35 tahun pada 18 April ini. Foto Fayez Nureldine/AFP/Getty Images

FILEM Black Panther bakal mengakhiri sekatan tayangan filem di pawagam di Arab Saudi selama 35 tahun.

Ia akan menjaid filem pertama yang ditayangkan di negara itu sejak 1980an.

Bukan sekadar tayangan, malah filem adiwira terbitan Marvel dengan jualan lebih AS$1.2 bilion, ia juga akan memecah rekod apabila berpeluang untuk mengadakan gala perdananya di negara Timur Tengah itu.

Ia merupakan salah satu pendekatan yang dibawakan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman untuk membawa perubahan daripada amalan terlalu konservatif dalam budaya negara itu selama beberapa dekad.

Filem Black Panther bakal menjadi filem pertama yang ditayangkan di Arab Saudi selepas 35 tahun.

Menurut beberapa laporan, Disney dan rakan pengedarannyam Italia Film merancang untuk menayangkan filem pecah panggung itu di pawagam Arab Saudi pada 18 April.

Berita itu pastinya satu kejutan malah menggembirakan buat negara dengan populasi seramai 32 juta penduduk itu.

Gala perdana bagi tayangan filem tersebut dijangka diadakan di sebuah dewan di pusat kewangan King Abdullah di Riyadh. - Mirror UK

Blank Panther

Artikel Berikut

Artikel Lain