suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akibat Terlalu Berani 'Pikat' Awek, Budak Lima Tahun Terima Padah

'Keberanian' budak lelaki itu telah mencetuskan panik hingga menyebabkan beberapa orang dewasa mengejar kereta yang dipandunya.

CHECHNYA: Gara-gara mahu menawan hati kawan perempuannya, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bertindak 'mencuri' sebuah kereta.

Rakaman video menggemparkan itu menunjukkan 'pasangan' cilik itu berjalan sambil berpegangan tangan di sebuah jalan di bandar ini sebelum budak tersebut melakukan tindakan berani mati itu.

Dia kemudiannya masuk ke dalam kereta Volga berkenaan dan mengunci pintu.

Beberapa penduduk setempat yang melihat kejadian itu mula menjerit dan cuba mengejar kenderaan itu selepas kanak-kanak terbabit mula memandu kereta tersebut.

Budak lelaki itu kemudiannya memberhentikan kenderaan, namun enggan membuka pintu.

Susulan itu, beberapa lelaki yang berada di lokasi terpaksa memecahkan tingkap belakang untuk membawa kanak-kanak itu keluar.

Berang dengan tindakan budak lelaki itu,  salah seorang lelaki terbabit telah memukulnya sebelum budak itu berlalu pergi sambil menangis. - The Sun 


Chechnya, Volga

Artikel Lain