suria

Ramai 'Geram' Dengan Pusat Paling Besar Di Dunia Lelaki Ini

SEORANG lelaki dari California mungkin menjadi manusia dengan pusat paling besar di dunia.

Mark, 26, mempunyai pusat berukuran satu inci panjang yang terbonjol keluar dari perutnya.

-foto Unilad

Seseorang pernah menawarkannya AS$1,000 untuk membuat rakaman bermain-main dengan pusat Mark selama satu jam, sementara ada juga yang berfantasi untuk menolak masuk pusatnya ke dalam perut selama-lamanya.

"Walaupun badan saya semuanya sederhana, satu perkara tentang tubuh saya yang sentiasa menonjol adalah pusat di perut saya.

"Saya sedar ia berbeza dengan orang lain ketika berusia sekitar lapan tahun. Pusat kawan-kawan saya semuanya masuk ke dalam dari apa yang saya lihat di kolam renang atau ketika mereka mengeliat.

"Saya akan lihat pusat mereka yang normal dan kemudian melihat pusat saya yang kelihatan seperti raksasa melekat pada badan," katanya.

"Saya tak tahu mengapa ia kelihatan seperti ini dan saya rasa doktor pun sama. Orang sering berfikir ia adalah lebihan tisu, tetapi doktor hanya kata ia adalah lebihan daging.

"Saya agak malu tentang keseluruhan badan saya, pada masa itu," katanya.

Pada mulanya, ia membuatkan Mark kurang berkeyakinan dengan dirinya tetapi kini dia berbangga dengan pusatnya.

-foto Unilad

Selepas seorang lelaki yang tidak dikenali memuji keunikan dalam foto kecergasannya, Mark memutuskan untuk meraikannya.

"Saya menerimanya sebagai sebahagian daripada hidup saya. Malah ia juga sesuatu yang amat menyeronokkan kerana ia boleh membuatkan orang ramai terkejut, takut, seram dan juga satu hiburan untuk orang di seluruh dunia.

"Ramai penonton YouTube berfantasi tentang pusat saya. Mereka berharap dapat bertemu saya untuk mencucuk, menggigit, menjilat atau menciumnya," katanya.

Soalan biasa yang sering ditanya kepadanya adalah sama ada dia akan membuang pusatnya, tetapi dia berkata dirinya dibesarkan untuk menyukai apa yang diberikan sejak lahir, termasuklah mempunyai pusat paling besar di dunia. -unilad

pusat, terbesar dunia

Artikel Lain