suria

Wanita Dakwa Tidak Sengaja Tembak Kawan Semasa Buat ‘Facebook Live’

SEORANG wanita dimasukkan ke penjara selepas menembak seorang lelaki di kepala pada jarak dekat ketika membuat siaran langsung di Facebook sambil menunjuk-nunjuk sepucuk pistol.

Cassandra Nickcole Damper, 25, ditangkap selepas dia menembak Devyn Holmes menerusi Facebook Live ketika mereka sedang duduk di dalam sebuah kereta di luar stesen minyak di Houston, Texas di Amerika Syarikat (AS).

Siasatan awal polis melaporkan bahawa seorang lelaki telah menembak dirinya di kepala pada pagi Ahad tetapi bukti di media sosial menunjukkan bahawa dia telah ditembak oleh Cassandra.

Polis berkata, Cassandra, mangsa dan lelaki kedua di dalam kereta tersebut memeriksa senjata masing-masing apabila wanita itu secara tidak sengaja melepaskan tembakan sekaligus menembak mangsa di kepala.

"Insiden itu kelihatan seperti kanak-kanak bermain dengan senjata api," kata Detektif John Roberts.

Devyn.

Cassandra dan lelaki kedua itu ditahan untuk soal siasat dan polis memberitahu bahawa wanita terbabit cuba memusnahkan bukti dengan menghapuskan sebarang sisa tembakan yang terdapat di lokasi kejadian.

Kes itu akan dirujuk kepada juri besar yang mana tuduhan tambahan boleh difailkan, memetik laporan Click2Houston.

Polis Houston mengeluarkan kenyataan di Twitter bahawa mangsa tembakan itu dibawa ke Hospital Ben Taub.

Dia masih bergantung kepada mesin sokongan nyawa dan berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Cassandra memberitahu polis bahawa dia menyangka senjata itu tidak mempunyai peluru.

Seorang lagi lelaki lain yang dilihat dalam video itu pula tidak dikenakan tindakan, lapor media tempatan. - Mirror UK

Facebook Live, tembakan

Artikel Sebelum

Polis Buru Monyet 'Culik' Bayi

Artikel Lain