suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Pesawat Terhempas

Keadaan pesawat yang terhempas di Santa Paula. Foto Jabatan Bomba Daerah Ventura

DUA maut selepas pesawat kecil yang dinaiki mereka terhempas di Santa Paula di daerah Ventura di California, Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Bomba Daerah Ventura.

Pasukan bomba menerima laporan mengenai kejadian pada kira-kira pukul 2.20 petang waktu tempatan (2.20 pagi Ahad waktu Malaysia).

Kapten Jabatan Bomba Daerah Ventura, Steve Swindle berkata, pesawat itu terhempas di kawasan penyimpanan kontena dekat Sungai Santa Clara.

"Berlaku kebakaran akibat nahas itu, tetapi pihak bomba telah menanganinya daripada marak ke kawasan lain," kata Swindle.

Beliau berkata, dua mangsa dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. - LA Times

Artikel Sebelum

Ratusan Berbikini Main Ski

Artikel Lain