suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Teman Wanita Upahan' Untuk Beli-Belah, Tukang Angkat Beg

Perkhidmatan menyewa 'teman wanita' di sebuah pusat membeli-belah di selatan China. Foto TAsiaWire)

SEBUAH pusat membeli-belah di selatan China menawarkan perkhidmatan menyewa 'teman wanita' dengan bayaran mengikut kadar minit.

Sekumpulan model wanita dihimpunkan untuk dipilih dengan kadar sewa 11p (60 sen) selama 20 minit.

Perkhidmatan itu ditawarkan di pintu masuk di kompleks membeli-belah Vitality City di Bandar Heyuan di selatan China, untuk waktu promosi terhad.

Bakal pelanggan yang mahu menyewa hanya perlu mengimbas kod QR menerusi telefon bimbit mereka untuk membuat bayaran.

Jika pelanggan berpuas hati, mereka boleh memperbaharui sewa selepas 20 minit atau model itu akan kembali podium sekiranya tidak mahu meneruskan perkhidmatan itu.

Menurut pusat membeli-belah itu, wanita berkenaan dapat menemani pelanggan untuk membeli-belah malah sedia untuk mengangkat beg pelanggan sekiranya mereka dilayan dengan baik.

Selain menemani untuk membeli-belah, pelanggan juga boleh membawa mereka untuk makan tengah hari atau makan malam.

Namun syarat yang ditetapkan adalah tiada sentuhan dibenarkan. - Mirror

Artikel Lain