suria

Cemas! Rakaman Ramai-Ramai Naik Eskalator Lawan Arus Tular

-foto Twitter @Iputrii1

SATU video yang dirakamkan di stesen kereta api tular, yang mana rakaman itu menunjukkan berlakunya kesesakan dan huru-hara di KRL Commuterline, Indonesia.

Dalam video tersebut, ramai penumpang dilihat bertindak membahayakan diri mereka dengan menaiki eskalator yang sedang turun (melawan arus) gara-gara keadaan di platform yang sangat sesak.

Dalam kejadian di stesen Duri itu, eskalator berkenaan terpaksa dihentikan walaupun terdapat ramai orang sedang menggunakannya dan ia merupakan satu perlanggaran peraturan keselamatan.

Bagaimanapun, selepas langkah itu diambil penumpang dapat naik ke atas dengan mudah. Tiada kecederaan dilaporkan.

Tidak jelas mengapa ramai yang berani mengambil risiko menaiki eskalator dengan cara salah dan berbahaya itu, tetapi menurut Okezone ia mungkin berlaku kerana laluan tren Tangerang-Duri telah diubah dari platform 4 ke platform 5.

"Penumpang harus bersesak dan keadaan ini berlaku kerana akses menuju jalur 5 hanya satu, iaitu eskalator naik-turun.

"Akibatnya, para penumpang yang tergesa-gesa terpaksa melawan arus eskalator dengan berlari naik di eskalator turun," memetik okezone.com

eskalator, lawan arus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain