suria

'Bedah' Ketumbuhan Di Rumah Gara-Gara Tiada Insuran

SEORANG tukang rumah menderita selama empat bulan apabila mukanya dinaiki ketumbuhan pelik.

James Woods terpaksa menahan kesakitannya dan enggan ke hospital kerana tidak mempunyai insuran kesihatan.

Ketumbuhan itu akhirnya berjaya 'dibedah' oleh anak saudara perempuan di rumahnya pada Februari lalu.


"Dia tidak pernah ada kad kesihatan. Saya kesian melihatnya.

"Kami lakukannya sendiri di rumah. Dia enggan mendapatkan rawatan hospital kerana tidak mempunyai insuran.

"Saya agak teruja melakukan 'pembedahan' ini dan dapat membantu pakcik sendiri," ujar Jennifer.

Dengan menggunakan sarung tangan, tisu dan antiseptik, Jennifer memulakan tugasnya dengan memicit ketumbuhan itu.

Kelihatan darah dan cecair berwarna kuning keluar daripada benjolan itu.

"Dia kelihatan sedikit sakit ketika saya picit mukanya dan beberapa kali kami terpaksa berhenti.

"Setakat ini ketumbuhan tu tidak lagi kelihatan," tambahaya.

Benjolan, Bedah Sendiri

Artikel Lain