Lelaki Dipenjara Seks Dengan Anjing Teman Wanita - Dunia | mStar

Lelaki Dipenjara Seks Dengan Anjing Teman Wanita

Wayne Bryson. Foto SWNS

SEORANG pemuda dari Lincolnshire, England dipenjara selepas didapati melakukan hubungan seks dengan anjing perliharaan teman wanitanya.

Perbuatan Wayne Bryson, 23, itu dikesan selepas video dirinya merakamkan aksi berkenaan dijumpai kekasihnya.

Ketika itu, Amber Hickling, 22, sedang mencari gambar-gambar bayi perempuan mereka.

Amber kemudian terkejut apabila menjumpai video Bryson melakukan hubungan seks dengan anjingnya jenis Staffordshire Bull Terrier berusia empat tahun.

Mahkamah Majistret Skegness di Lincolnshire pada Mac 2014 menjatuhkan hukuman penjara empat bulan yang ditangguhkan selama dua tahun terhadap Bryson selepas dia mengaku melakukan perkara itu dengan seekor haiwan.

Bryson turut dikenakan perintah sebagai pesalah seks selama tujuh tahun di mana dia tidak boleh dibiarkan bersendirian dengan haiwan. - MirrorUK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Serik Punggung Terlalu Besar

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel