suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serik Punggung Terlalu Besar

SEORANG wanita yang ketagih melakukan pembedahan untuk kelihatan cantik menghabiskan £15,000 (RM81,674) untuk mengimplan punggungnya.

Bagaimanapun, selepas lapan minggu pembedahan itu dibuat, dia mahu membuang impan tersebut kerana "terlalu besar".

Star Delguidice, 28, dari Birmingham, England memilih implan dua kali ganda daripada ukuran yang disyorkan dan lemaknya dari bahagian paha, lengan dan perutnya telah dibuang bagi mendapatkan bentuk badan yang sempurna.

Dia sanggup terbang ke Istanbul, Turki, bagi menjalani pembedahan selama tujuh jam pada 18 Disember lalu.

Star mendakwa dia kini menangis setiap hari kerana sukar untuk menyesuaikan kehidupannya dengan punggung baharu.

Sejak berumur 18 tahun, Star telah melakukan pembedahan lebih 20 kali dengan membelanjakan £230,000 (RM1.25 juta) bagi mengubah imejnya.

Namun pembedahan terbaharu itu membuatkan dia enggan membuat mana-mana pembedahan kosmetik selepas ini.

Star berkata: "Implan punggung saya terlalu besar dan saya tidak biasa untuk duduk dengan keadaan itu.

"Saya boleh rasa ia 'bergerak' dan walaupun saya gembira dengan keadaan keseluruhan, tetapi saya mahu membuangnya." - MirrorUK

punggung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain