suria

Peguam Lapor Polis Rimas Dengan Penghantaran Pizza

SEORANG peguam terpaksa membuat laporan polis atas sebab yang tidak masuk akal.

Langkah itu diambil oleh Guido Grolle apabila seseorang terus menghantar pizza ke tempat kerjanya di Jerman.

Sepanjang dua minggu setengah yang lalu, lelaki itu telah menerima lebih dari 100 biji pizza yang tidak pernah ditempahnya dan kini dia hanya mahu 'kegilaan' itu dihentikan.

Sewaktu keluar dari bilik mandi pada waktu pagi, Grolle kadang-kadang menerima beberapa emel memaklumkan bahawa pizza yang dipesannya akan dihantar ke pejabatnya semasa makan tengah hari.

Pada hari tertentu, dapat dilihat beberapa orang penghantar pizza menyeberang jalan untuk membawa hidangan tengahari yang tidak pernah dipesan oleh peguam itu.

Grolle benar-benar tidak tahan dengan situasi ini.

"Ia benar-benar menjengkelkan, susah nak siapkan kerja," katanya kepada Ruhr Nachrichten.

Lelaki dari Dortmund itu mendakwa dia tidak tahu siapa di sebalik penghantaran pizza itu.

Dia tidak mempunyai pesaing atau masalah dengan pelanggan, malah dia juga hairan bagaimana begitu banyak pesanan dapat dibuat dalam masa yang singkat.

Suatu pagi, antara pukul 9.20 dan 9.47, dia mendapat 15 emel tempahan pizza dan dia berkata 'tak ada orang yang boleh buat tempahan secepat itu.'

Mengesyaki komputernya mungkin terkena virus pelik, dia telah memanggil pakar keselamatan komputer untuk buat pemeriksaan tetapi tiada apa yang mencurigakan ditemui.

Dia juga memfailkan aduan dengan pihak polis tempatan, tetapi setakat ini siasatan mereka tidak mendedahkan apa-apa.

Jadi buat masa ini, lelaki itu terpaksa menghalang emel penghantaran pizza dan menutup telefon bimbitnya semasa waktu bekerja supaya dia boleh menumpukan perhatian kepada tugasnya tanpa perlu menjawab panggilan daripada syarikat penghantaran.

Grolle memberitahu wartawan Jerman bahawa dia telah menerima lebih dari 100 biji pizza yang dia tidak pernah pesan dan sejak kebelakangan ini, 'dalang' kepada kejadian ini mula mempelbagaikan jenis pizza.

Polis sedang menyiasat kes itu sebagai salah kes hendap, kerana ia tidak layak dianggap penipuan.

Pesalah berpotensi tidak mempunyai keuntungan kewangan, dan Grolle tidak menanggung kerugian kewangan kerana dia tidak perlu menerima makanan tersebut.

Satu-satunya pihak yang menanggung kerugian adalah syarikat penghantaran makanan.

pizza, penghantar pizza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain