suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maut Rambut Terbelit Di Tayar Kereta Go-Kart

Foto: Times Now News

SEORANG wanita maut apabila  rambutnya terpintal di tayar sebuah kereta go-kart yang dinaikinya.

Menurut laporan Times Now News, Puneet Kaur, 28, beriadah bersama suami dan dua anak mereka di Aqua Village ketika kejadian.

Disebabkan memandu terlalu laju, rambut mangsa tersangkut di bahagian tayar dan kulit kepalanya terkoyak dalam sekelip mata.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital tetapi diisytiharkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.Kejadian itu mengejutkan orang awam kerana aktiviti riadah go-kart mewajibkan pemandunya memakai helmet, selain mematuhi beberapa peraturan ketat untuk mengelak kecelakaan.

Suaminya, Amardeep Singh memberitahu polis: "Kami sedang gembira bermain go-kart dan tiba-tiba isteri saya menjerit.

"Saya terus berhenti dan melihat kulit kepalanya sudah tercabut. Saya tidak pasti kualiti tayar dan topi keledar yang digunakan isteri saya," ujarnya.

Go-kart, Maut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain