suria

Penginapan Percuma Perkahwinan Harry-Meghan, Dengan Syarat...

MENGINAP di hotel mewah khususnya di London pastinya memerlukan anda mengeluarkan sejumlah wang yang banyak.

Namun, Hotel Mercure di kota popular itu mahu menawarkan penginapan percuma buat mana-mana pasangan sempena perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle pada 19 Mei ini.

Jangan cepat teruja, bukan semua pasangan boleh menginap secara percuma.

Syarat utama, pasangan yang mahu menginap secara percuma mestilah memiliki nama yang sama dengan bakal pengantin diraja itu.

Jika anda dan pasangan bernama Harry dan Meghan (Megan), anda bakal diberi penginapan percuma satu malam beserta sarapan pagi di dua cawangan hotel iaitu di Mercure London Kensington atau Mercure London Hyde Park.

Tapi, anda juga perlu buktikan nama itu dengan menunjukkan kad pengenalan diri sebelum diberi ganjaran penginapan percuma pada tarikh sama perkahwinan itu berlangsung.

Langkahnya mudah sahaja, hantarkan bukti pengenalan diri anda ke [email protected] dan sahkan sekali lagi bukti sebelum mendaftar masuk ke hotel bertaraf empat bintang itu.

Tawaran ini pastinya sesuatu yang menarik kerana hotel Mercure London Hyde Park dihias dengan dekorasi menarik dan terletak berhampiran dengan Knightsbridge dan West End.

Cawangan kedua mereka di Mercure London Kensington yang menawarkan tawaran sama turut dihias mewah dan terletak berhampiran taman diraja dan kawasan beli belah mewah High Street Kensington dan Knigtsbridge.-Mirror.uk


Harry, Meghan, Mercure

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain