suria

Ni Kek Ke Patung?

SEKILAS pandang nampak seperti patung pengantin, tapi sebenarnya Lulwa yang dikenali sebagai 'Pengantin Jutaan Dollar' seberat 120 kilogram (kg) itu adalah kek perkahwinan yang dibentuk menyerupai pengantin wanita Arab.

Lulwa dihasilkan oleh pereka busana termahal dunia dan dipamerkan pada Pertunjukan Pengantin Dubai 2018 di Emeriyah Arab Bersatu.

Dipetik daripada Instagram @debbie_wingham.

Wingham juga merupakan pembuat objek termahal dalam sejarah yang terdiri daripada sepasang kasut bernilai 16 juta dollar Amerika Syarikat (AS) (RM62.3 juta), sepasang gaun malam hitam bertakhtakan berlian (RM18.7 juta) dan kek perkahwinan termahal di dunia (RM261 juta).

Menariknya, Lulwa dianggap projek Wingham yang 'mampu' dimiliki kerana cuma bernilai RM3.89 juta.

Lulwa diambil bersempena maksud mutiara dalam bahasa Arab dan ia digayakan mengikut rekaan tradisional pengantin Arab yang mana pakaiannya diperbuat daripada fondant.

Kek itu sarat dengan dozen kek span, 25kg coklat dan 50kg fondant dan memerlukan enam orang untuk mengangkatnya. - Oddity Central

Debbie Wingham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain