suria

Baru Berusia Dua Hari, Calihan Ada 144,000 Pengikut

SEJAK berusia berapa tahun anda mula memiliki akaun Instagram?

Kebanyakan laman sosial menetapkan syarat sekurang-kurangnya anda perlu berusia 13 tahun untuk mendaftar, namun lain pula ceritanya bagi Calihan Gee, seorang bayi instafamous.

Walaupun baru dilahirkan, Calihan kini mempunyai lebih 100,000 pengikut di laman Instagram.

Walaupun akaun Instagram itu hanya memaparkan sekeping gambar imbasan ultra bunyi sewaktu dia berusia 37 minggu dalam kandungan, pengikutnya bertambah dengan mendadak sejak ia mula diwujudkan.

Dalam tempoh 48 jam pertama sahaja bayi bertuah itu berjaya mengumpulkan 70,000 pengikut.

Kini, ia meningkat kepada 144,000 pengikut.

Populariti laman Instagram bayi itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana keluarganya sendiri sememangnya popular di laman sosial.

Keluarga bayi itu mempunyai 1.7 juta pengikut menerusi enam akaun Instagram mereka sejak 2015.

Mereka juga merupakan pemilik kepada akaun Instagram popular, @thebucketlistfamily yang sering mendapat perhatian ramai.


Calihan Gee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain