Jumlah Pelancong Resort Ski Korea Selatan Merosot Sebab Cuaca Sejuk - Dunia | mStar

Jumlah Pelancong Resort Ski Korea Selatan Merosot Sebab Cuaca Sejuk

Jumlah pelancong ke pusat peranginan ski di Seoul merosot disebabkan oleh gelombang cuaca sejuk. - Gambar hiasan/AP

SEOUL: Jumlah ketibaan pelancong ke pusat peranginan ski di Seoul merosot berikutan gelombang cuaca sejuk yang menyaksikan penurunan suhu secara mendadak, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik kenyataan pengusaha pada Isnin.

Menurut pusat peranginan ski Vivaldi Park di Hongcheon, jumlah pelancong pada Januari merosot sebanyak 14.3 peratus berbanding tempoh sama pada 2017.

Yongpyeong Resort, satu daripada pusat peranginan ski terbesar di Korea Selatan dengan 28 lereng luncur, hanya mampu menarik sejumlah 100,000 pelancong pada Januari, menyaksikan penurunan sebanyak 23.1 peratus.

Jisan Forest Resort, sebuah pusat peranginan ski di pinggir ibu kota pula menyatakan bahawa hanya sejumlah 114,279 pelancong menikmati lereng luncur saljinya pada Januari, menyaksikan penurunan sebanyak 20.3 peratus.

Kebanyakan kawasan di Korea Selatan terjejas akibat gelombang cuaca sejuk yang teruk manakala agensi cuaca sering mengeluarkan amaran cuaca sejuk di seluruh negara itu.

Pada sesetengah hari,  suhu di Seoul jatuh ke paras luar biasa rendah iaitu negatif 19 darjah Celsius, dengan angin sejuk menjadikan keadaan bertambah buruk. - Bernama

ski , cuaca sejuk

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti