suria

Peluncur Ais Cemas, Cangkuk Kostum Tercabut Ketika Beraksi Acara Olimpik Musim Sejuk

PELUNCUR ais, Yura Min berdepan detik mencemaskan apabila kostum dipakainya nyaris terlucut ketika beraksi pada acara Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan.

Insiden itu berlaku sewaktu atlet itu baru memulakan persembahannya.

Menerusi video yang dimuat naik, atlet berusia 22 tahun itu dilihat beberapa kali cuba membetulkan bajunya yang agak terdedah di bahagian dada.

Setiap kali dia membuat pusingan bersama pasangan, Alexander Gamelin, Yura kelihatan menarik bajunya ke atas.

Dia yang tenang menghadapi masalah itu berjaya menamatkan persembahan tanpa sebarang kecacatan.

Menerusi kenyataan kepada Detroit Free Press, dia mendedahkan peristiwa itu berlaku kerana masalah cangkuk di bajunya.

"Memang saya takut apabila menyedari cangkuk di belakang baju tercabut ketika sedang beraksi didepan penonton.

"Orang lain mungkin akan berhenti membuat persembahan kalau terjadi perkara sebegini, tapi saya meneruskannya kerana tidak mahu mata ditolak," katanya.

Malah, dia turut menukar sedikit rutin persembahan asal bagi mengelakkan baju itu terlucut sepenuhnya.

Bagaimanapun, keputusan juri meletakkan Yura dan pasangannya menduduki tempat kesembilan daripada 10 peserta yang mengambil bahagian.

Sejurus persembahan, Yura menerusi laman Twitter miliknya berterima kasih kepada penonton yang memberi sokongan dan berjanji untuk menempatkan dirinya dalam kelompok teratas apabila bersaing acara individu.-Metro.uk



Yura, Gamelin

Artikel Lain