suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas Dolly, Kini Hua Hua & Zhong Zhong

BEIJING: Lebih 20 tahun biri-biri klon, Dolly dihasilkan dan kini menggunakan proses sama, dua monyet telah berjaya 'dilahirkan' sekumpulan saintis China.

Ia disifatkan kejayaan yang boleh merangsang penyelidikan perubahan berkaitan manusia.

Reuters melaporkan, haiwan berekor panjang yang dinamakan Hua Hua dan Zhong Zhong itu dilahirkan di Akademi Sains China (CAS) Institut Sains Saraf di Shanghai.

Pencapaian ini hasil penyelidikan bertahun-tahun mengenai teknik pengklonan, pemindahan sel nuklear somatik.

"Usaha ini berjaya meruntuhkan beberapa  halangan," kata Pengarah Pusat Kecemerlangan dalam Sains Otak dan Teknologi Kebijaksanaan CAS, Muming Poo.

Sehingga kini, teknik itu digunakan untuk mengklon lebih 20 spesis haiwan berbeza, termasuk anjing, babi dan kucing tetapi monyet terbukti melalui proses sukar.

Kelahiran monyet yang kini berusia enam dan lapan minggu itu juga membangkitkan persoalan etika mengenai sejauh mana saintis sudah hampir untuk mengklon manusia.

Menurut Poo, secara prinsipnya manusia boleh diklon dengan teknik itu, walaupun tumpuan pasukannya adalah mengklon untuk tujuan penyelidikan perubatan.

Dolly, klon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain