Gangguan Seksual: Badut Tua Letak Jawatan - Dunia | mStar

Gangguan Seksual: Badut Tua Letak Jawatan

AKIBAT tertekan susulan isu gangguan seksual dan gambar lucah melibatkan akrobat remaja perempuan, seorang badut mengambil keputusan meletak jawatan.

Laporan New York Times menyebut, badut yang beraksi di sebuah sarkas terkemuka Amerika Syarikat (AS) itu bertindak demikian selepas terlibat dengan perbuatan tidak bermoral itu.

Skandal itu melibatkan Barry Lubin atau lebih dikenali dengan watak di pentas sarkas, Grandma for the Big Apple Circus.

Berusia 65 tahun, badut itu telah memaksa remaja berusia 16 tahun itu, Zoey Dunne untuk beraksi gaya lucah, menurut akhbar itu.

"Apa yang saya lakukan adalah salah dan saya mengambil tanggungjawab atas tindakan itu," kata Lubin menerusi kenyataan pada 2004 seperti dilaporkan Times.

Lubin meletak jawatan minggu lalu selepas sarkasnya menerima dakwaan melibatkannya daripada Dunne.

Dunne pertama kali menghubungi pihak pengurusan sarkas pada 2012, bagaimanapun ketika itu Lubin telah meninggalkan pertunjukkan.

Bagaimanapun tiga bulan lalu, Dunne yang kini berusia 29 tahun mendapat tahu menerusi Facebook mengenai Lubin yang kembali beraksi bersama sarkas berkenaan.

"Saya lihat ada iklan menyebut:"Grandma kini kembali!," lapor Times dan memetik Dunne berkata: "Saya hampir muntah di dalam bas."- TheJakartaPost



Lubin , badut

Artikel Sebelum

Selepas Dolly, Kini Hua Hua & Zhong Zhong

Artikel Berikut

Maut Dibelit Ular Sawa Perliharaan Sendiri

Artikel Lain