suria

Dianggap Berbahaya, Doktor Gimnas AS Dipenjara 175 Tahun

Nassar (kanan) sedang mendengar sesuatu yang diperkatakan peguambelanya, Matt Newberg sementara menunggu penghakiman kes penderaan seksual terhadapnya di Mahkamah Lanching, Michigan.

BEKAS doktor pasukan gimnastik Amerika Syarikat (AS), Larry Nassar dijatuhi hukuman penjara antara 40 hingga 175 tahun selepas melalui testimoni penuhi beremosi melibatkan mangsa penderaan seksual.

"Saya telah menetapkan waran mati kamu.

"Kamu tidak layak berjalan keluar dari penjara lagi," kata Hakim Rosemarie Aquilina ketika membacakan penghakiman melibatkan hukuman penjara seumur hidup kepada tertuduh yang berusia 54 tahun di Mahkamah Lansing, Michigan.

Nassar yang memakai baju penjara biru hanya berdiri disamping dua peguambelanya tanpa berkata-kata.

Malahan Aquilina menganggap tertuduh seorang yang berbahaya dan akan kekal sedemikian selamanya.

"Di mana sahaja kamu berjalan, tentu akan timbul masalah," katanya seperti disiarkan The Jakarta Post.

Hanya selepas penghakiman dibacakan, Nassar meminta maaf kepada semua mangsanya termasuk pemenang pingat emas gimnastik Olimpik, Simone Biles, Aly Raisman, Gabby Douglas dan McKayla Maroney.

Antara mangsa penderaan seksual yang dilakukan Nassar yang gembira dengan hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh.

"Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan bagaimana kesalnya saya dengan apa yang berlaku," kata Nassar dalam bilik perbicaraan.

Dijatuhi hukuman penjara 60 tahun atas tuduhan  kegiatan lucah melibatkan kanak-kanak, kini Nassar mengaku bersalah terhadap 10 tuduhan perlakuan seksual.

Pada Rabu, tertuduh dijatuhi hukuman terhadap tujuh pertuduhan dengan bakinya akan diketahui pada akhir bulan ini.

Mangsa terakhir yang akan memberi keterangan di mahkamah adalah Rachael Denhollander, individu pertama yang membuat laporan polis terhadap Nassar.

Hakim Aquilina menyifatkan Denhollander sebagai seorang yang berani kerana mampu tampil untuk memperjuangkan nasib mangsa lain.

Sebaik hukuman dikenakan terhadap Nassar, beberapa pegawai kanan badan gimnastik AS meletak jawatan dan jawatankuasa Olimpik negara itu mengarahkan rombakan segera dilaksanakan.

Malahan, Presiden Universiti Michigan, Lou Anna Simon didesak meletak jawatan selepas dianggap gagal menangani isu melibatkan Nassar yang bertugas di institut pengajian tinggi itu.

Bagaimanapun, sebaik aduan dibuat terhadapnya, Nassar digantung tugas sehingga September 2016.








Nassar, gimnastik

Artikel Sebelum

Bapaku Seorang Adiwira

Artikel Berikut

Artikel Lain