suria

Wanita Lahir Bayi Selepas 10 Hari Meninggal Dunia

SEORANG wanita yang meninggal dunia ketika kandungannya berusia sembilan bulan dilaporkan 'melahirkan' bayinya 10 hari kemudian.

Kakitangan di ruang pengebumian menemui seorang bayi baru lahir ketika ibu berusia 33 tahun itu mahu dialihkan dari tempat simpanan mayat ke dalam keranda.

Bayi itu ditemui di antara dua kaki ibunya, Nomveliso Nomasonto Mdoyi, dari Mthayisi di Afrika Selatan, pada malam pengebumiannya.

Pemilik lokasi pengebumian Lindokuhle, Fundile Makalana memberitahu Times Live: "Kami sangat terkejut dan ketakutan sehinggakan tidak sempat untuk melihat jantina bayi.

"Saya telah berada dalam bidang ini selama lebih dari 20 tahun dan saya tidak pernah mendengar tentang seorang wanita yang telah mati melahirkan bayi."

Bayi tersebut dan ibunya dikebumikan dalam sebuah keranda besar pada Sabtu, akhbar itu melaporkan.

Menurut keluarganya, penemuan itu adalah sesuatu yang dahsyat dan mengejutkan.

Ibu Nomveliso, Mandzala Mdoyi berkata, anak perempuannya meninggal dunia selepas tiba-tiba mengalami 'masalah pernafasan'.

"Saya sangat sedih dengan kematian anak perempuan saya dan sekarang saya mendapat kejutan bila mengetahui dia telah melahirkan bayi dalam tempoh kematiannya selama 10 hari," katanya.

Pakar-pakar perubatan memberitahu media tempatan bahawa janin mungkin terkeluar daripada tubuh ibunya yang sudah mati disebabkan gas.

Kemerosotan otot selepas kematian juga mungkin menyumbang, kata seorang doktor.

keranda, ibu hamil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain