suria

Surat Kanak-kanak Leukemia Buat Ayahnya Menangis

SEKEPING surat yang ditulis oleh seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mengidap leukimia begitu menyentuh hati bapanya.

Malah ia juga menyentuh jiwa pembaca yang turut membantu memberi sumbangan wang untuk rawatannya yang kini terkumpul sebanyak 6000,000 yuan (RM369,103).

Surat tersebut ditulis Zhang Jiaye yang berasal dari sebuah kampung berhampiran Jiamusi di Heilongjian, lapor sebuah portal berita K618.cn.

Tiada penjelasan mengenai bagaimana dan bila surat itu menjadi tatapan umum, namun sumbangan telah bermula sejak September tahun lalu.


"Ayah, saya nampak ayah menangis. Saya saya sangat sedih. Saya tahu ayah telah banyak membelanjakan duit untuk rawatan saya.

"Ayah sudah kehabisan duit. Emak juga telah pergi. Ia disebabkan saya. Jika saya pergi, emak mesti kembali dan ayah akan gembira seperti sebelum ini.

"Saya tidak mahu dirawat lagi. Mari kita balik ke rumah, boleh?" tulis sebahagian surat itu.

Jiaye didiagnosis mengalami leukimia pada Mei 2016 dan kini masih menerima rawatan di hospital.

"Saya berasa seperti awan jatuh," ujar ayahnya, Zhang Mingliang.

Kanak-kanak itu menerima 18 jenis rawatan dalam tempoh setahun dengan kos 590,000 yuan, menyebabkan keluarganya berdepan dengan masalah kewangan.

Manakala emaknya pula telah meninggalkan rumah sejak Julai lalu tanpa sebarang  berita.

Pun begitu, Mingliang mengakui anaknya itu tidak pernah berhenti melawan penyakitnya.

Pesakit Leukimia, Zhang Jiaye

Artikel Sebelum

Jamu Piza Sebelum Bunuh Anak

Artikel Berikut

Artikel Lain