suria

20 Ditembak Mati Serangan Suspek Boko Haram

Gambar fail menunjukkan anggota kumpulan militan Boko Haram.

KANO (Nigeria): Seramai 20 orang ditembak mati dalam serangan yang disyaki dilakukan oleh kumpulan lelaki bersenjata yang menganggotai militan Boko Haram di sebuah jalan di kampung di negeri Borno pada Rabu.

Sekumpulan lelaki bersenjata Boko Haram yang melarikan diri daripada serangan tentera di kem mereka di daerah Nganzai melepaskan tembakan terhadap empat kereta dekat kampung Jingalta, yang mengorbankan kesemua 20 penumpang di dalamnya, kata seorang wakil penduduk dan seorang penduduk kampung.

"Kita menerima maklumat mengenai serangan oleh lelaki bersenjata Boko Haram terhadap empat kereta dekat kampung Jingalta di mana mereka menembak mati kesemua 20 orang di dalam kenderaan itu sebelum ia terbakar," kata Babakuro Kolo, seorang wakil penduduk tempatan yang membantu pihak tentera dalam memerangi militan di Maiduguri, kepada AFP

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan apabila kumpulan lelaki bersenjata itu sedang melarikan diri dari serangan tentera terhadap salah satu wilayah mereka," kata Kolo.

Kumpulan itu yang memandu trak dan menunggang motosikal menceroboh dan membakar kampung tersebut.

Beliau menambah, penduduk kampung melarikan diri akibat serangan itu.

Seorang pemandu bas yang berada semasa kejadian berlaku, Jibir Hassan, mengesahkan angka kematian.

"Bila kami tiba di kampung Jingalta, kami melihat keadaan tegang dengan kesemuanya terbakar dan banyak mayat berlimpangan di tepi jalan dengan kesemuanya seramai 20 orang," kata Hassan kepada AFP. 

Boko Haram

Artikel Sebelum

Artikel Lain