suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Renjer Thai Maut Dalam Letupan Disyaki Perbuatan Balas Dendam

NARATHIWAT: Balas dendam disyaki sebagai motif kematian seorang anggota renjer dalam satu letupan bom di sini pada Selasa.

Polis percaya motif pengeboman adalah balas dendam kerana mangsa, Ismail Cherna, 54, pernah menembak mati seorang anggota militan pada 20 Oktober 2013, kata Ketua Polis Daerah Takbai Kolonel Polis Jiradej Praswang.

Ismail terkorban apabila sebutir bom yang diletakkan pada keretanya meletup ketika beliau sedang memandunya dalam kejadian pukul 4 petang Selasa.

Kejadian berlaku di Pekan Takbai, yang bersempadan dengan Pengkalan Kubor, Kelantan, Malaysia.

Jiradej berkata bom buatan sendiri seberat 10 kg dilekatkan di bawah  kereta mangsa dan diletup dengan menggunakan walkie talkie.

Letupan bom itu telah memusnahkan bahagian hadapan kereta berkenaan dan mayat mangsa terhimpit dalam kereta, kata beliau.

Mangsa bekerja di Pejabat Daerah Takbai dan ketika kejadian beliau sedang memandu kereta untuk pulang ke rumahnya yang terletak hanya 200 meter daripada tempat kerjanya. - BERNAMA

letupan bom, renjer Thai

Artikel Lain